30 May, 2012


  Khasiat
Buah-buahan
tempatan
         


                                                                                      Makanan adalah penting untuk tumbesaran dalam kehidupan harian manusia.Salah satu makanan yang penting dan berkhasiat ialah buah-buahan.

 Sebenarnya negara kita bertuah kerana mempunyai iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan. BUAH-BUAHAN adalah sumber makanan alami yang sudah tersedia ada dan mudah didapati, tetapi sayang, ia kadang kala dilupakan begitu saja terutama mengenai khasiatnya.

  Buah kiwi misalnya, walaupun sangat kecil tetapi ‘gagah’ kerana ia sumber baik untuk magnesium, vitamin E dan serat, di samping mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda berbanding sebiji buah oren.Buah-buahan tempatan bukan sahaja sedap tetapi juga mempunyai khasiat yang tinggi.

       Mari kita lihat khasiat yang terdapat di dalam 
buah-buahan tempatan.                                             

 

Khasiat nanas

Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengandungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.

    

No comments:

Post a Comment