30 May, 2012

Khasiat Kiwi
Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.










Khasiat Mangga
Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.
Khasiat jambu batu

* Berkesan dalam menurunkan kadar kolestrol dan tahap glukosa dalam darah.
* Bahan antioksidan yang berkesan.
* Dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit.
* Jus jambu batu yang menah dapat melegakan penyaki batuk dan selesema.



Khasiat Tembikai
* Dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser prostat dan   penyakit  kardiovaskular.
* Biji tembikai ialah sumber protein yang baik.
* Dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit.
* Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.
* Dapat mengawal tekanan darah.







  Khasiat
Buah-buahan
tempatan
         


                                                                                      Makanan adalah penting untuk tumbesaran dalam kehidupan harian manusia.Salah satu makanan yang penting dan berkhasiat ialah buah-buahan.

 Sebenarnya negara kita bertuah kerana mempunyai iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan. BUAH-BUAHAN adalah sumber makanan alami yang sudah tersedia ada dan mudah didapati, tetapi sayang, ia kadang kala dilupakan begitu saja terutama mengenai khasiatnya.

  Buah kiwi misalnya, walaupun sangat kecil tetapi ‘gagah’ kerana ia sumber baik untuk magnesium, vitamin E dan serat, di samping mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda berbanding sebiji buah oren.Buah-buahan tempatan bukan sahaja sedap tetapi juga mempunyai khasiat yang tinggi.

       Mari kita lihat khasiat yang terdapat di dalam 
buah-buahan tempatan.                                             

 

Khasiat nanas

Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengandungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.

    

Buah-buahan tempatan ini boleh dibahagikan dua kumpulan yang besar. 
 (a) Buah-buahan tak bermusim  
(b) Buah-buahan yang bermusim
           
           Negara kita banyak mengeluarkan buah-buahan tempatan. Buah-buahan yang tidak bermusim ini dapat diperolehi disepanjang tahun, walaubagaimanapun pada satu-satu masa tertentu terdapat pengeluaran yang berlebih-lebihan dari masa-masa lain.

            Diantara jenis buah-buahan  yang tidak bermusim yang senang diperolehi ialah pisang, betik, nanas, jambu, belimbing, tembikai, nangka, limau manis/bali dan termasuk beberapa jenis dari klon mangga.     
        
         Buah-buahan yang bermusim boleh didapati sekali atau dua kali setahun Musim buah-buahan utama bermula dari pertengahan Jun hingga kepertengahan bulan Ogos. Musim buah-buahan kedua biasanya kurang jelas kerana pengeluaran hasilnya berkurangan dan biasanya terdapat dalam bulan Disember hingga Februari. Musim-musim ini juga mungkin berlaku lebih awal atau terlewat diantara 1 – 2 bulan bergantung kepada tempat atau lokasi. Buah-buahan bermusim yang terkenal ialah durian, rambutan, duku, langsat, duku langsat dan manggis.
   
   Buah-buahan tempatan sangat disukai oleh orang ramai.Harganya jauh lebih murah berbanding dengan buah-buahan import seperti buah epal, oren dan anggur .Buah-buahan tempatan mengandungi banyak zat yang berguna untuk kesihatan badan.Oleh itu kita patutlah banyak makan buah-buahan tempatan .
            Kita menang bertuah berada di Malaysia ini.Kita dapat menikmati buah-buahan yang sedap-sedap dalam sepanjang tahun .