02 June, 2012

Buah-buahan tempatan
di Malaysia





Kegunaan kelapa


Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya bahagian akar dan pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun; dengan itu, ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malah, nama pokok kelapa dalam bahasa Sanskrit adalah kalpa vriksha, yang diterjemahkan sebagai "pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan".

Kegunaan pelbagai bahagian kelapa termasuk:
    
    batang kelapa boleh dibuat titi serta bahan pembinaan untuk rumah seperti papan,dinding dan lantai
    

Buah kelapa boleh dimakan

sabut kelapa boleh dibuat tali










Air kelapa boleh diminum
lidi kelapa boleh dibuat penyapu
















tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barang kraftangan
 

serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian
 

minyaknya sebagai minyak masak,minyak pelita dan sabun

daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan

 
 
                                                                           
Kegunaan Pisang 

       

    Di Malaysia, pisang mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada dimakan buahnya.
      Daun pisang biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

        

Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

        
           Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat pisang, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Batang pisang juga mempunyai empulur lembut atau dipanggil umbut di tengah-tengahnya dan sesuai dijadikan sumber makanan.